Perodua Myvi

Kereta Terlaris di Malaysia 10 tahun berturut-turut

TOYOTA VELLFIRE

Best 7 Seater, The most exclusive and premium MPV

TOYOTA ALPHARD

Predescessor of Vellfire, Still continue its LUXURY

Honda Accord Overview

Comfortable ride, Excellent fuel economy, Responsive optional CVT

Top Sedan in Market

The most established saloon in this segment is the Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera

Kereta Sewa Johor Bahru

King Car Rental ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Johor Bahru, Johor. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Johor Bahru, Johor.
Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Johor. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.





Monday 1 April 2024

“ Tak Kan Nak Tunggu Esok Raya Baru Nak Cari Kereta Sewa “

 


Tempahan kereta sewa untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2024 telah dibuka untuk tempahan sejak awal Bulan Ramadhan. Masih banyak lagi kenderaan untuk anda pilih mengikut bajet masing-masing. Kereta di syarikat kami paling lama ialah keluaran tahun 2020 taw...semua usia kereta baru 3 tahun confirm selesa dan selamat.


Minimum 4 hari sewaan untuk RAYA 2024

Promosi untuk raya ni kami bagi 1 HARI PERCUMA taw khas untukk orang yang nak balik kampung beraya. So, korang semua dapat pakai dan sewa kereta selama 5 hari masa raya ni tapiu cuma bayar kos untuk 4 hari je, JIMAT TAK? Pejabat dan operasi akan TUTUP selama 3 hari iaitu pada 10hb, 11hb & 12hb April 2024.


Harga Kereta Sewa akan naik di akhir-akhir ramadhan.

Kebiasaan harga akan naik pada aras tinggi, 2 kali ganda atas permintaan yang tinggi dengan kenderaan yang sangat limited. Mengikut pada pengalaman yang lepas-lepas biaa sudah terjadi hehe.. Jadi buat pilihan yang bijak,  kalau buat tempahan awal  boleh jimatkan duit anda kan.

CEPAT-CEPAT TEKAN LINK WASSAP KAMI TERUS !!


Delivery ke mana sahaja sekitar Johor Bahru.😊
“ Anda hello , Kereta Sampai “

Sunday 16 February 2020

NASIHAT KEPADA KELUARGA BAHAGIA



Kadang tak tahu apa puncanya, semasa kecil hubungan dengan adik beradik sangat rapat, tiada dengki di hati.
Bila emak marah adik, abang menangis tanya emak, kenapa marah adik. Kesianlah adik.
Bila emak marah kakak, adik minta mak jangan marah kakak, mengaku salah untuk lepaskan kakak dari terus dimarah.
Benda makan sedikit, tapi bila adik beradik minta sikit, tetap suapkan ke mulut mereka walau mulut mengomel tak mahu bagi.
Tidur sebantal, satu selimut, kalau kencing malam, bangun pagi sama-sama bau hancing.
Allahuakbar.
Bersihnya hati & sucinya kasih sayang masing-masing.
.
Tak tahu kenapa bila besar, sudah kerja, sudah kahwin, semuanya jadi lain.
Entah sejak bila adik beradik jadi persaingan kita. Apa dia pakai, apa dia beli, kita nak jadi lebih dari dia. Semua jadi hal tak kena belaka. Dia kaya, dia celik sikit, kita rasa sakit hati pula.
Tak kurang yang lebih berjaya, yang lebih celik mula dah pandang adik beradik lain sebelah mata. Rasa mereka tak berguna, tak ada visi misi hidup, hidup tak ada perubahan.
Bila adik beradik nak datang meminjam duit atau minta pulangkan duit dibuat seperti musuh.
Bila kahwin, ada pula yang pakat buang adik beradik. Rasa cukup dah pasangan kita yang sweet & keluarga mertua yang lagi bagus dari keluarga sendiri, tengok adik beradik sendiri pun rasa macam low standard.
.
Kadang ada emak ayah pun tiba-tiba juga jadi berubah setelah anak semua dewasa.
Mana yang pakai kereta besar, bagi salam 'keruk' lebih tebal, yang itulah dia paling puji & sayang.
Yang kereta buruk, duit asyik tak cukup, anak cucu kulit kelabu asap & tak gebu dikutuk keji, anak yang inilah asyik jadi bahan umpatan bila anak kesayangan lain balik ke kampung.
Entah sejak bila kasih sayang emak pun sudah tidak sesuci seperti kecil-kecil dahulu. Waktu itu mak pandang semua mata anak-anak dengan pandangan kasih, sayang sama rata.
.
Apabila melihat & membanding beza keluarga yang masih dapat mengekalkan keikhlasan & keutuhan silaturrahim sesama ahli keluarga dengan keluarga yang hancur bilau, dapat saya simpulkan antara rahsia mengekalkan hubungan baik keluarga adalah,
1) Didikan & pesanan emak ayah. Sentiasa pesan kepada semua anak-anak agar hormat yang lebih tua.
Ibubapa acknowledged kedudukan anak yang lebih tua. Jangan condemn abang/kakak depan adik-adiknya. Nanti boleh menyebabkan mereka hilang respect.
Bila anak berkumpul, pesanlah,
"Walau apa jadi, yang adik kena hormat yang lebih tua, walau nanti kau dah kaya, kau beli rumah banglo, emas bertimbun. Walau apa jadi, kena sayang adik beradik, dia tetap abang kau. Dia tetap kakak kau. Mak ayah tak ada, mereka akan ganti."
Be kind to each other & always support each other. Always rembember, your siblings are not your competitors.
.
2) Never bad-mouthing anyone. Kalau ada tak puas hati, cakap berdepan, bukannya cakap belakang. Sebagai ibubapa, didik anak-anak supaya selesaikan masalah berdepan, bukannya lari dari masalah dengan cakap belakang.
Juga elakkanlah menjadi batu api apabila anak A meluah perasaan tak puas hati ke anak B. Jangan menyebelahkan sesiapa tanpa usul periksa.
Elakkanlah kutuk anak A bila duduk dengan anak B, kemudian bila dengan anak B, kutuk pula anak A. Dalam tak sedar, sikap ibubapa jenis beginilah yang membuatkan hubungan anak-anak menjadi keruh.
Ibubapa bijak ialah ibubapa yang main peranan menjadi 'orang tengah' untuk menyelesaikan permasalahan & salah faham anak-anak. Bukannya dia menjadi punca anak bergaduh.
.
3) Didikan sejak awal tentang kepentingan solat berjemaah, gotong royong kemas rumah, memasak, bersihkan lepas makan, santai minum petang, tengok tv, semuanya kena turut sama jika semua orang pulang ke kampung.
Tidak ada yang jadi tuan, yakni sekadar bersantai & tunggu makan berhidang & bersenduk sahaja sementara ada yang lain jadi amah tukang masak, tukang basuh pinggan, tukang segala tukang.
Kena buat sama-sama. Semua sama-sama buat.
.
4) Layan semua sama rata. Tak ada anak special. Tak ada cucu special. Tak ada nak puji yang ini, tak ada nak kutuk yang ini.
Walau memang hakikatnya akan ada anak atau cucu yang lebih cantik, lebih petah, lebih bijak, lebih pandai mengaji. Semuanya sebab untuk mengelakkan mak ayahnya terasa hati.
"Tengoklah mak tu.. anak Long tu dipujinya, anak kita dukung pun tak, cium pun tak hingin. Macam ni malas la nak balik rumah mak. Mak bukan alukan kita pun."
Confirm ada yang terasa hati begini. Hal yang bermula dengan sekadar terasa hati, akhirnya jadi pemakan tali kasih sayang.
.
5) Ingatkan anak-anak agar apabila nampak adik beradik buat salah, kena betulkan, kena tegur.
Nampak abang hantar anak berderet minta mak jaga, dia lupa beri duit nafkah, ingatkan dia dengan cara baik.
Tengok adik duduk berpantang dengan mak tapi tak hulur duit dapur beli barang basah, ingatkan dia bahawa tanggungjawab suami untuk nafkah isteri walau isteri duduk tumpang rumah mak.
Adik perempuan juga jangan lupa ingatkan saudara lelaki untuk bayarkan zakat mak ayah jika keduanya telah uzur.
Ibubapa dari kecil ingatkan anak-anak agar yang kena tegur perlu lapang dada apabila ditegur. Yang menegur pula sebab sayang, bukan sebab rasa diri bagus.
Ingatkan mereka agar jaga adab & akhlak supaya hubungan tak retak.
.
6) Ingatkan anak-anak, kita nak masuk syurga Allah sama-sama.
Ingatkan anak-anak, untuk masuk syurga & murah rezeki bukan hanya perlu buat baik kepada emak ayah, bahkan juga kepada adik beradik, yakni sentiasa menjaga silaturrahim.
Dari Abu Hurairah RA katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya & dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." (HR Bukhari & Muslim)
.
Family is where the life begin & love never ends. Never give up on your family & siblings.
Bila baca tulisan ini, jangan pula scan salah sesiapa melainkan untuk memperbaiki salah & silap kita sendiri.
Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi perubahan ini boleh dimulakan dengan diri sendiri & didikan kita kepada anak-anak terlebih dahulu, insyaAllah.

Monday 9 December 2019

BERCUTI DI JOHOR : 3 TEMPAT MURAH WAJIB PERGI DI JOHOR !!


Bila datang Johor ni kalau 1 malam saja tido memang tak puas, sebab banyak sangat tempa-tempat menarik yang ada dekat johor yang tak semua orang tahu dan pergi. Yang diorang sibuk pergi tu legoland, desaru coast dan banyak lagi. Ni belum cerita lagi shopping mall yang bersepah-sepah ada kat Johor ni tumbuh bak cendawan lepas hujan. Eh? Hahahaha so sebagai orang Johor admin nak tunjuk beberapa tempat yang korang seriusss WAJIB selitkan waktu bercuti kat sini atau datang Johor ! WAJIB k !



1. ZOO JOHOR

Bosan laa pergi zoo je, ye kalau ko datang dengan kawan-kawan apa barang pergi zoo kan baik g pulau. TAPI untuk yang family korang kena datang zoo Johor ni. Binatang? Banyakk taww kalau budak2 tengok kucing pon suka kalau g zoo ni mau melompat. Sebab apa WAJIB pergi? yelaa tiket baru RM2-3 jee..murah tak?Murah gilerrr berbaloi dengan harga lagi-lagi kalau ada family yang ramai tuu..


2. MASJID SULTAN ABU BAKAR

Masjid yang mempunyai reka bentuk yang menarik ni dengan mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir terletak dekat betul-betul depan Zoo Johor tuu. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah.

Jadi, lepas penat melayan anak-anak main dekat zoo tu boleh laa melintas untuk ke Masjid ni, masuk pon PERCUMA jee tak perlu bayar, boleh laa berehat dan sembahyang siap2 kan bila masuk waktu tu.


3. COUNTRY GARDEN DANGA BAY

Lepas dah siap2 solat dan rehat korang boleh terus ke tempat lepak hipster kat Johor ni, sini boleh makan-makan juga banyak kedai makan dan ada shopping mall 1 baru nak buka. Sini pon masuk free jee sambil2 anak main lari2 atau taman mak bapak boleh laa pekena oren juice kat bar tu sambil tengok kapal mewah dan pemandangan negara seberang Singapore tuu.

Sini pon banyak homestay kalau rasa nak feel2 orang kaya baru takyah sewa hotel duduk je sini banyak apartment.

:
:
:

Macam? Best ke Besk? Jimat sangattt...

Okay ni admin bagi 3 tempat dulu padahal banyak je tempat-tempat best yang free kat Johor korag boleh bawak anak-anak main. Cuma yang ini tempat nya dekat2 je dalam 5 minit perjalanan so takdela penat duduk dalam kereta kan?

Lepas ni kita buat entry untuk tempat makan best atau tempat jalan yang berbayar pulakk...

Walau apa pun kalau nak jimat korang sewa je kereta dengan kiteorang untuk jalan-jalan Johor ni, naik bas atau flight call kereta sewa jb 017-2244 300 berdesup kita hantar..anak-anak pon boleh rasa naik bas ye tak?

Pengalaman anak-anak tuuu nanti dah tua dia bawak pulak kita bejalan..hehehe